• newsatmy

Kerajaan henti jual tenaga solar kepada Singapura tepat

24 Oktober-PUTRA JAYA

Pemain industri solar negara ini menyokong usaha kerajaan Malaysia dalam menambah 300 megawat (MW) kepada industri solar berikutan memberhentikan penjualan tenaga solar kepada Singapura bermula kelmarin.

Menurut Prof Adjung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk (Dr) Ir Guntor Tobeng yang juga pengasas industri solar, Gading Kencana Sdn Bhd usaha kerajaan itu dijangka akan menjana perniagaan sebanyak RM1 bilion dengan gandaan ekonomi sebanyak RM3 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).


Beliau berkata, program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) menerusi pelancaran edisi ketiga NEM 3.0 dengan tawaran kuota sebanyak 500 MW bagi sektor domestik, sektor bangunan kerajaan dan sektor komersil dan industri yang disediakan bagi tempoh tiga tahun, namun telah habis dalam masa empat bulan kerana permintaan sektor industri sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Guntor Tobeng berkata, sokongan tersebut memberi sinar baru kepada pemain industri solar secara langsung di samping industri dapat menikmati limpahan tenaga solar ini.

Katanya, secara tidak langsung peniaga yang menjual kuih di tapak pembinaan projek solar, bank yang memberi pinjaman kepada pemaju solar atau kontraktor mendapat peluang kerja dengan sub-kontrak dan sebagainya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kerajaan kerana mendengar keluh kesah rakyat di sektor ekonomi, industri dan komersial atas semangat Keluarga Malaysia.

“Sebelum ini kerajaan dalam rangka mencapai Net Zero Karbon 2050 menetapkan sasaran mengurangkan karbon intensiti dari 25 peratus sekarang kepada 30 peratus menjelang 2025 dengan mengadakan beberapa langkah affirmatif seperti program large Scale solar 6,000MW dari 2016- 2025 dan Net Energy Metering atau NEM 3.0 sebanyak 500MW,” katanya.- M.Gazette