top of page
  • admin

Kerajaan Johor zahir ucapan takziah kepada mangsa banjir


ISKANDAR PUTERI, 19 Mac- Kerajaan Johor menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada 85,000 penduduk di negeri itu yang diuji dengan musibah banjir sejak 1 Mac lalu. Hujan lebat luar biasa melanda negeri itu bermula 28 Februari lalu sehingga menyebabkan banjir direkodkan antara terburuk pernah dihadapi yang melumpuhkan kesemua 10 daerah negeri itu. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut berikrar tidak akan sesekali membiarkan nasib penduduk terjejas terbiar dan akan terus dibantu menerusi pelbagai bantuan. "Sesungguhnya Kerajaan Negeri Johor ingin merekodkan dalam dewan yang mulia ini, ucapan simpati tidak terhingga kepada mangsa-mangsa banjir ini, namun begitu kita tidak pernah berpejam mata atau berpeluk tubuh demi membantu semua mangsa banjir di Johor ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, di sini. Beliau turut menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Keluarga DiRaja Johor yang mencemar duli menziarahi, menyumbang tenaga, wang ringgit dan aset-aset semasa proses pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS)

bottom of page