top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kerajaan Melaka tumbang, 4 ADUN kerajaan umum hilang kepercayaan

4 Oktober 2021

MELAKA: Situasi politik di negeri ini kembali panas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).


Idris berkata, kesemua mereka telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.


Pengumuman itu dibuat pada satu sidang akhbar di sini yang dihadiri oleh keempat-empat ADUN berkenaan.



bottom of page