top of page
  • Writer's pictureNihaba

Kerajaan Mesti Tegas Tangani Masalah Kenaikan Harga Barang – Wan Saiful

2 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Wan Saiful turut menegaskan, undang-undang berkaitan kawalan harga, kawalan bekalan, dan anti pencatutan mesti dikuatkuasakan sepenuhnya agar masalah kenaikan harga barang ini dapat diselesaikan secara tuntas.


Menurut Ketua Penerangan Bersatu itu, Kerajaan mesti bertindak tegas untuk menangani kenaikan harga barang, isu ini tidak boleh dibiarkan kerana kesannya adalah kepada rakyat terbanyak.


Wan Saiful berkata Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berada di kedudukan terbaik untuk mengambil peranan di barisan hadapan dalam menangani hal ini kerana mempunyai pengalaman sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri sebelum ini dan pengalaman itu semestinya boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang membebankan rakyat kini.

“Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan penggunaan teknologi terkini seperti skim pembayaran bantuan melalui sistem digital supaya bantuan kerajaan dapat disampaikan kepada mereka yang sepatutnya, dan juga dibelanjakan untuk tujuan yang sepatutnya.

“Program bantuan kewangan untuk rakyat dalam bentuk “cash transfer” yang dimulakan oleh Tan Sri Muhyiddin dahulu mesti diteruskan, disegerakan dan dipastikan tiada ketirisan,” katanya.

“Kegiatan “hoarding” mesti dibenteras untuk memastikan barang-barang keperluan sentiasa cukup dalam pasaran. Pegawai Pemantau Harga juga mesti digerakkan sepenuhnya untuk memastikan tiada golongan oportunis mengambil peluang pada waktu ini,” katanya lagi.

bottom of page