top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kerajaan minta tangguh perjalanan ke 18 buah negara

29 Disember 2021

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini telah mengadakan sidang media berkenaan perkembangan terkini varian Omicron di Malaysia dan memaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay keatas sampel kes positif dalam kalangan penggembara.


Sebanyak 366 sampel telah diuji dan daripada jumlah tersebut, difahamkan sebanyak 306 daripadanya berkemungkinan varian Omicron dan kini menunggu ujian penuh.


Semasa sidang media yang sama, Khairy turut memaklumkan bahawa sekatan perjalanan sementara ke 8 buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.


Hal ini disebabkan bahawa varian Omicron kini sudah mula disebarkan dari negara lain dan kedaan semasa berkenaan jangkitan varian berkenaan di negara-negara rantau tersebut telah berkurangan.


Namun, kesemua lapan buah negara berkenaan kini dimasukkan dalam senarai negara yang berisiko tinggi menjadikan keseluruhan jumlah negara yang berisiko tinggi kepada 18 buah.


Senarai Negara Berisiko Tinggi :

United Kingdom

Amerika Syarikat

Australia

Arab Saudi

Norway

Perancis

Denmark

India

Kanada

Nigeria

Afrika Selatan

Botswana

Eswatini

Lesotho

Mozambique

Namibia

Zimbabwe

Malawi

Justeru, pihak kerajaan meminta semua pihak untuk menangguhkan kesemua perjalanan yang tidak perlu ke 18 negara ini selain mereka yang pulang dari negara-negara yang disenarai tersebut akan diminta untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah.


Dalam masa yang sama, mereka yang berkenaan akan dipakaikan gelang peranti digital yang akan dipakaikan semasa mereka memasuki negara.

Commentaires


bottom of page