top of page
  • admin

Kerajaan perlu campur tangan isu pembuangan pekerja tempatan-MTUC


KUALA LUMPUR, 2 Mac - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan campur tangan kerajaan dalam isu pembuangan 30 pekerja tempatan oleh syarikat pembuatan di Nilai yang digantikan dengan pekerja asing. Setiausaha Agungnya, Kamarul Bahrin Mansor berkata tindakan terbabit boleh menjejaskan jaminan pekerjaan untuk pekerja tempatan. Katanya, majikan tidak sewajarnya mengambil kesempatan diatas kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan isu kekurangan pekerja di sektor tertentu.


"Kerajaan perlu menjalankan pemeriksaan berkala kepada syarikat untuk memastikan majikan tidak mengamalkan diskriminsi. Amalan pemeriksaan berkala langkah penting untuk memastikan segala Akta pemburuhan dipatuhi majikan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah Kamarul, MTUC turut mencadangkan pekerja tempatan diberi keutamaan selain mencadangkan satu tempoh masa ditetapkan terhadap kebergantungan pekerja asing di negara ini.

bottom of page