top of page
  • Writer's pictureNihaba

Kerajaan tidak benarkan sebarang produk sentuh sensitiviti agama

30 Oktober

PETALING JAYA: Kabinet bersetuju untuk tidak membenarkan sebarang pengeluaran produk yang menimbulkan keresahan rakyat dalam konteks agama dan bangsa, kata seorang Menteri.

Keputusan itu dibuat selepas satu jenama wiski tempatan, Timah, mencetuskan kontroversi kerana menggunakan nama berunsur Islam Melayu.

“Saya ada berita gembira. Kita sudah adakan pertemuan dengan syarikat (pengeluar wiski Timah) dan nyatakan bantahan.

“Kabinet buat keputusan tiada lagi mana-mana pengeluaran yang boleh menimbulkan keresahan rakyat dalam konteks bangsa dan agama,” kata Menteri Alam Sekitar Dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-62 di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Pun begitu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) pengerusi MUDA menimbulkan persoalan apakah beberapa jenama produk lain yang berada di pasaran negara juga perlu ditukar sekiranya berlaku lagi salah faham.


"Saya faham pendirian kerajaan dalam hal ini dan rundingan sedang dijalankan dan isu ini mungkin disalah tafsir. Persoalan saya, jika nama senang untuk disalah tafsir, saya lihat di sosial media ramai juga yang troll, adakah kita akan tukar nama coklat Daim kerana nama berkait rapat dengan Tun Daim (Zainuddin).


" ataupun minuman Dutch Lady yang boleh dikaitkan dengan nama wanita seperti orang kata Timah, dan banyak contoh lain".tambah syed Saddiq


bottom of page