top of page
  • newsatmy

Kereta terbakar langgar tiang projek SUKE, pemandu maut

17 Mac 2021

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dalam kemalangan berhampiran stesen minyak di Bandar Tun Razak menghala Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Rabu.


Mangsa berusia 37 tahun yang memandu kereta Proton Persona gagal dikatakan gagal mengawal kenderaan lalu terlanggar tiang projek pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sebelum terbakar.


Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada jam 5. 02 pagi dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dikejarkan ke lokasi itu.



Komander Operasi, PBK II Mohd Fakhrulsyakia Mamat berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati berlaku kebakaran melibatkan Proton Persona milik mangsa.


"Kebakaran berlaku di bahagian enjin dengan kemusnahan dianggarkan 20 peratus.


"Terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Menurutnya, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.28 pagi. - SH


bottom of page