top of page
  • newsatmy

“Kerja saya jual badan, nak tunjuk otot memang kena tunjuk aurat” – Sharifah Sakinah

14 Februari 2022

Pelakon Sharifah Sakinah sering menerima kecaman gara-gara berpakaian seksi namun kini katanya, dia akan mula menapis pengikut di Instagram.


Menurut laporan, Sakinah ada memuat naik foto menunjukkan dia menerima ‘request’ daripada sejumlah pengguna IG untuk menjadi ‘followers’.


Katanya dia tidak akan menerima pengikut lelaki kerana sebagai seorang pelatih kecergasan, dia akan mendedahkan aurat di Instagram untuk mempamerkan otot badan


"Saya tapis request ya. Kalau laki saya tak terima. Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang kena tunjuk aurat.”


Sakinah turut berkata, dia hanya akan menerima ‘request’ mereka yang ingin belajar selain turut menasihati mereka yang mahu memohon supaya tidak menghakimi dirinya.


Kalau nak request, don’t judge. Kalau nak ilmu sila follow.”


Pengikutnya dia Instagram dilihat menyokong tindakan Sakinah tentang individu yang gemar menghakimi orang lain. Malah, ada yang berkata wujudnya segelintir individu yang ‘follow’ hanya untuk menghakimi dan menyakitkan hati.

bottom of page