top of page
  • Writer's pictureNihaba

Kerjasama dengan PN, ikut keputusan atasan – Sulaiman

22 November 2021

AYER KEROH: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan kerjasama dengan dua calon Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata beliau bagaimanapun perlu berbincang dengan pucuk kepimpinan atasan sebelum membuat keputusan selanjutnya.


“Itu saya kena mesyuarat terlebih dahulu dan saya juga mesti berbincang dengan pucuk pimpinan atasan sebab kali ini kita bertanding secara solo.


“Jadi kalau apa pun keputusan dibuat oleh pucuk kepimpinan saya akan akur,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengimbas kad perakam masa hari pertama bertugas sebagai Ketua Menteri di Seri Negeri, hari ini.

Comments


bottom of page