Search
Kerjasama Erat, Bersatu Akan Bantu GPS – Hamzah
1 Disember
KUALA LUMPUR: Kerjasama erat Bersatu dan GPS akan dimanfaatkan sepenuhnya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Bersatu akan turun membantu dalam menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkempen.
“GPS adalah parti mesra kepada kami. Tidak ada salahnya kita untuk menyokong parti yang mesra kepada PN,” kata Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN dengan Bersatu adalah sebahagian daripadanya.
Bersatu dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada PRN-12 Sarawak.
SPR menetapkan PRN-12 Sarawak diadakan pada 18 Dis ini dengan hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.
Comments