Kerjasama Umno-DAP mencontohi politik dinamika Nabi Muhammad- Asyraf Wajdi
KUALA-LUMPUR 12 Jan:Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kerjasama antara Umno dan DAP dalam membentuk kerajaan sama seperti dinamika politik Nabi Muhammad.
Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2022 di PWTC hari ini, beliau berkata, situasi kerjasama itu ibarat yang dizahirkan Rasulullah menerusi perjanjian “Hilf Al-Fudul” dengan Kafir Quraisy di Mekah dan permuafakatan dengan Yahudi di Madinah.
Katanya, keputusan untuk berganding bahu dengan musuh Umno itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana sudah banyak hati yang terguris dan sudah banyak jiwa yang terluka.
Kalau ikutkan emosi, buat apa berdamai dengan pihak yang bukan sekadar mengguris perasaan tetapi di tangan mereja jugalah darah para syuhada' dalam kalangan shabat dan kerabat Nabi terkorban.
Jelas beliau, jika ikutkan sentimen, buat apa berpakat dengan pihak yang jelas memusuhi Islam dan selamanya tiadk akan pernah mahu merestui perjuangan Islam.
Asyraf juga menjelaskan,UMNO berpegang pada prinsip Nabi iaitu kerjasama antara Nabi dengan sekutu Baginda tidak sesekali menggadaikan akidah dan perjuangan agama.
Nabi tidak sesekali berkompromi pada perkara yang meliubatkan prinsip dan kedaulatan bangsa dan negara, katanya lagi.
Menurut Asyraf, hikmah kerjasama Nabi dengan golongan bukan Islam demi memastikan agama dan bangsa itu terus subur menjadi panduan parti itu.
Dalam pada itu, Asyraf menegaskan bahawa Umno tidak akan sesekali tunduk atau akur pada apa-apa tuntutan yang akan menjejaskan kedudukan Islam, Melayu-Bumiputera dan Institusi Raja-Raja.
Comments