top of page
  • newsatmy

Kes Terkini Covid-19

8 Januari 2021

Pada 8 Januari 2021, negara kita melaporkan kes positif sebanyak 2,643 kes. Hal ini telah menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 131,108 kes. Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 25,140 kes aktif.


Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara manakala kes dalam negara pula adalah sebanyak 2,641 kes.


Hari ini, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,086 kes. Diikuti pula dengan Sabah sebanyak 401 kes dan Johor sebanyak 298 kes.


Sehingga kini, terdapat 170 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dimana 82 kes memerlukan bantuan penafasan.


Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 16 kes kematian berkaitan Covid-19 pada hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 537 kes.


Sehingga 8 Januari 2021, terdapat sebanyak 576 kluster telah dilaporkan termasuk 6 kluster baharu pada hari ini.

bottom of page