• newsatmy

Ketengah akan adakan perbincangan keselamatan rumah rakit

29 Mac 2021

HULU TERENGGANU: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan mengadakan perbincangan bersama beberapa agensi terlibat bagi memperincikan keselamatan rumah rakit yang dibina di sekitar Tasik Kenyir.


Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, perbincangan dan pertemuan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.


Katanya pihaknya akan membincangkan secara menyeluruh khususnya ciri dan tahap keselamatan rumah rakit berkenaan sekaligus bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini termasuk kes lemas.


“Kita akan membuat perbincangan bersama pihak terlibat termasuk bomba dan polis untuk memastikan keselamatan diutamakan di Tasik Kenyir,” katanya.


Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti jumlah rumah rakit yang dibina di sekitar kawasan Tasik Kenyir.


Pada Sabtu seorang lelaki yang baru seminggu mendirikan rumah tangga dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa, Ami Azzizol Abu Bakri, 22, dari Kampung Sungai Buaya, Dungun dilaporkan berenang dari sebuah rumah rakit ke Sungai Petuang, Tasik Kenyir untuk mandi.


- Astro Awani


Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.