top of page
  • newsatmy

Kim Pan-gon Minta Maaf


Hanoi 28 Dis:Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memohon maaf atas kekalahan skuad negara kepada Vietnam malam tadi.


Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah menurunkan kesebelasan terbaiknya namun masih tidak dapat menandingi kehandalan pasukan ke-96 dunia itu.


Harimau Malaya terpaksa akur di hadapan puluhan biru penyokong tuan rumah apabila tewas dengan keputusan 3-0.


Sejurus selepas perlawanan, jurulatih berusia 53 tahun itu tampil untuk membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak berhasil meraih kemenangan.


“Saya minta maaf kerana tidak dapat buat kamu bangga.”

“Dari kaca mata saya, kita bermain baik hari ini, banyak perkara positif dan barisan kejurulatihan akan membuat analisis berkenaan aksi ini,”


Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-2 apabila terikat dengan Singapura sebelum bertemu mereka pada 3 Januari nanti di Bukit Jalil.


Makan Bola

bottom of page