top of page
  • Farah

Kim Pan Gon wujudkan satu dimensi baharu dalam kalangan pemain


KUALA LUMPUR, 12 Jan- Jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon telah mewujudkan satu dimensi baharu dalam kalangan pemain sepanjang kempen kejohanan Piala AFF 2022, baru-baru ini, kata Pemerhati sukan tempatan, Mohd Sadek Mustaffa. Beliau berkata, sepanjang kempen berkenaan jurulatih dari Korea Selatan itu memberikan ruang dan peluang kepada pemain-pemain muda dan pemain bukan ternama.


"Ini menunjukkan pasukan kebangsaan tidak ketandusan pemain, seperti mana jurulatih-jurulatih terdahulu tertumpu kepada pemain-pemain yang diberi gelaran bintang itu," kata Mohd Sadek di sini. Antara pemain yang menjadi tumpuan pada kempen kali ini ialah penyerang Faisal Halim dengan empat gol, Stuart Wilkin dua gol, selain pemain tengah Mukhairi Ajmal, dan Sergio Aguero. Selepas ini tumpuan pastinya terarah kepada persiapan pasukan menghadapi Piala Asia 2024 selepas skuad negara layak secara merit sebagai naib juara Kumpulan E.

bottom of page