top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kimmich Akui Menyesal Tak Ambil Vaksin

13 Disember 2021

Pemain Bayern Munich, Joshua Kimmich mengakui beliau tiada mengambil vaksin selepas didiagnos dengan masalah paru-paru yang bersangkutan dengan jangkitan Covid-19.Beliau telah disahkan positif pada bulan lalu dan pasukan perubatan kelab mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu tidak dibenarkan bermain sehingga awal tahun depan.Sehingga kini,Kimmich masih belum dapat menyertai latihan pasukan


Media Jerman melaporkan mengenai keengganannya untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum ini, ia berpunca daripada keraguannya terhadap vaksin.

“Sukar untuk saya atasikerisauan dan kebimbangan vaksin ini, itulah sebabnya saya ragu-ragu dan tidak dapat membuat keputusan untuk divaksin,” ujarnya kepada siaran ZDF.


Menteri Sains dan Pendidikan Jerman, Bettina Stark-Watzinger dalam ciapannya mendakwa ia merupakan “satu keputusan bijak”.Sebaik sahaja Kimmich mengatakan beliau akan mengambil vaksin selepas ini,

“Sebagai pemain bola sepak profesional dan juga pemain kebangsaan, dia merupakan contoh ikutan buat ramai orang. Vkasin adalah jalan keluar daripada wabak ini.” ujar Bettina.


Kimmich merupakan pemain di posisi pertahanan dan tengah telah diarahkan untuk menjalani kuarantin pada awal November lalu ekoran menjadi kontak rapat kepada kes positif dan kemudian disahkan dijangkiti covid-19.


“Saya perlu bersabar sedikit lagi. Saya hanya dapat menonton baki perlawanan tahun ini di kerusi sofa rumah saya dan. Saya akan kembali pada bulan Januari nanti.” Ciapnya di akaun Instagram.


Isu tidak mengambil vaksin dalam kalangan pemain bola sepak profesional bukanlah asing disebabkan kepercayaan kepada teori konspirasi dan apa sahaja yang ditulis di media sosial.

bottom of page