top of page
  • newsatmy

Kit ujian kendiri COVID-19 kini dijual di bawah RM7

4 November

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh dibeli pada harga kurang daripada RM7. Ia jauh lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan pada RM19.90.


Bulan lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa kerajaan berhasrat untuk bersetuju untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri COVID-19 dan sedang mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki masa mencukupi untuk menjual bekalan kit ujian kendiri sedia ada.


Di dalam Facebooknya, Alexander menerangkan bawah sebanyak 2,570 perniagaan di seluruh negara telah dibenarkan untuk menjual kit ujian kendiri COVID-19 sehingga 28 Oktober 2021. Selain farmasi, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan lagi kesediaan kit ujian termasuk di supermarket, kedai serbaneka dan stesen minyak, secara berperingkat. Beliau juga menjelaskan bahawa lebih banyak tempat jualan kit kendiri ini akan menggalakkan persaingan dan membantu menurunkan harga untuk pengguna.

Alexander menambah, kini telah terdapat kedai yang menjual kit ujian kendiri ini pada harga RM6.90 setiap satu, berita baik untuk pengguna. Beliau juga baru sahaja melancarkan jualan kit ujian kendiri COVID-19 di KK Mart di KLIA2 Sepang, yang berharga RM6.60 setiap satu.


KK Mart menjual kit ujian kendiri COVID-19 AllTest Antigen Rapid Test (Oral Fluid) yang diedarkan oleh Global Science Sdn Bhd. Menurut KK Mart, ia dijual di semua cawangan kecuali di Sarawak. Selain itu, 99 Speedmart juga ada menjual kit yang sama, pada harga RM6.90 sekotak.

Σχόλια


bottom of page