top of page
  • newsatmy

‘Kita boleh lupa semua perbalahan dengan Umno’-Idris Ahmad


PUCHONG,21 Ogos: Kisah silam 60 tahun PAS menentang Umno tidak sewajarnya diungkit-ungkit, malah tindakan itu dianggap tidak menguntungkan sebarang pihak. Naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad berkata parti itu melupakan semua sejarah silam bukan kerana soal peribadi, tetapi demi masa depan politik untuk generasi muda. “Kita boleh lupa semua sejarah-sejarah kita dengan Umno, 60 tahun kita bertarung dan lawan sebab apa? Bukan soal peribadi kita, soalnya politik adalah untuk anak cucu kita pada masa akan datang.


“Kalau kira politik dendam, saya pun banyak dendam, tetapi kita buang semua kerana kita mesti berjiwa besar, dan tidak membuka sejarah lama. Kita terus bergerak ke hadapan.

“Contohnya, macam orang (berkahwin) hendak rujuk balik. Kalau duk ikut kisah sebelum bercerai macam dalam sejarah, sampai bila pun dia tak rujuk, sampai bila pun dia tak baik, kita pun sama,” katanya


Beliau berkata demikian dalam sidang media Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022 di Dewan LKIM, di sini, semalam.


Idris ditanya mengenai pendirian PAS untuk tidak menerima sebarang usul putuskan hubungan dengan Umno pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-68, September nanti.

Menurutnya, PAS tekad untuk meneruskan agenda dan tidak akan memilih salah satu daripada Umno atau Bersatu.


Katanya, Umno, Bersatu dan PAS perlu bersama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dan sekiranya ia tidak berlaku, ia umpama merancang sebuah kegagalan pada PRU ini.

“Jika berlaku perpecahan, kita sudah merancang satu kegagalan untuk kita. Itu sebab PAS tetap berjiwa besar untuk memastikan ketiga-tiga parti ini bersama. Kalau berpecah, keputusan kita sudah tahu,” katanya

bottom of page