• Arissa

“Kita Tengok Bila Parlimen Buka, Adakah Untuk Rakyat Atau Kepentingan Politik Peribadi”

13 Julai 2021

KUALA LUMPUR: “Tunggulah, kita tengok nanti bila Parlimen buka, adakah untuk rakyat atau untuk kepentingan politik peribadi.”


Itu kata Ketua Armada BERSATU Johor Mohd Shamsuddin Paijan mengulas desakan pembangkang yang mahu sidang Dewan Rakyat diadakan segera, sejak akhir-akhir ini.


Jelasnya, membuka Parlimen tidak semudah yang disangka kerana ada beberapa perkara yang perlu diteliti dari aspek perundangan dan Perlembagaan Negara.


Ini kerana, katanya, sejak negara diisytiharkan darurat, Pilihan Raya Negeri Sarawak dan beberapa siri pilihan raya kecil telah digantung.

“Saya berpandangan untuk diadakan PRU dalam masa terdekat ini, apabila PRN Sarawak dan PRK yang perlu diadakan, agak sukar untuk rakyat keluar, mahupun jentera-jentera SPR dan parti untuk keluar.


“Boleh bagi jaminan tak apabila buka saja Parlimen, pertama kita tak boleh buat PRN dan PRK. Kedua, dikhuatiri ada budaya yang menganggu gugat kerajaan, UMNO-PH ada buat kompromi di belakang.

“Jangan guna rakyat untuk alasan rakyat untuk rakyat tetapi ada signifikan belakang yang harus dibawa itu,” katanya.


Mohd Shamsuddin berkata demikian ketika menjadi panel program Pentas Wacana bertajuk Masa Depan Kerajaan Rakyat yang disiarkan di saluran YouTube dan Facebook Wacana.my, dikendalikan oleh Muhammad Suhaimi, malam tadi.


Terdahulu, kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.


Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.


Ujarnya, kerajaan sehabis baik cuba memastikan keadaan COVID-19 selesai terlebih dahulu.


Justeru, katanya, pembangkang tidak perlu mempolitikkan isu buka Parlimen lagi memandangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun bersetuju ke arah itu.


“Fokus kerajaan kini memastikan masalah kesihatan rakyat terjamin dan terjaga, lepas herd imunity, seterusnya barulah boleh PRU.


“Kerajaan dah buat panggilan ke Parlimen, tak ada masalah pun dan tak perlu dipolitikkan lagi. Apa yang diminta rakyat dan ahli parlimen, kita buat.


“UK sendiri dah buat yang terbaik tangani COVID-19, orang tetap kata tak terbaik.


“Melihat kepada kerajaan tangani wabak pandemik COVID-19, bagi saya ia sangat baik dan cemerlang, bukan tanda kegagalan,” katanya.



--PN Online