top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

KJ buka mulut isu 'Karen' hanya dikompaun RM1,500

2 NOVEMBER 2021

Minggu lepas viral 2 video seorang wanita yang digelar sebagai ‘Karen’ buat kecoh di sebuah butik mewah di KLCC dan sebuah pusat mebeli belah di Bangsar.


Susulan dengan penularan itu, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dan Sinar Harian melaporkan bahawa wanita itu telah didenda sebanyak RM 3,000, setiap satu kesalahan dicaj RM 1,500.


Letak mask di dagu RM 10,000, Ekspatriat denda RM 3,000


Berikutan itu, timbul satu pertikaian berkenaan dengan isu kompaun yang dikenakan.


Ada netizen kaitkan dengan insiden yang berlaku pada awal tahun sebelum ini yang melibatkan individu didenda RM 10,000 hanya kerana letak pelitup muka di dagu.


Terpanggil dengan kekecohan isu ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tampil beri penjelasan mengapa nilai kompaun itu berbeza dengan kes yang berlaku sekitar awal tahun ini.


Katanya, Kompaun RM10k Kerana memakai mask di dagu dikeluarkan pada 12/3/21 selaras dengan ketetapan Ordinan Darurat ketika itu (max RM10k/seorang, RM50k/organisasi).


Namun begitu, pada 17/3/21 satu garis panduan untuk penetapan nilai kompaun yang lebih munasabah telah diumumkan.


Garis Panduan baru ini dikeluarkan selepas rakyat merasakan nilai kompaun tidak munasabah dan terlalu tinggi.


Saya ingin ingatkan juga, setelah Ordinan Darurat diungkai, nilai kompaun akan kembali kepada maksimum RM1,000 bagi individu dan perbadanan.”


Berkenaan dengan pertikaian nilai kompaun yang diberikan kepada ekspatriat baru-baru ini, Khairy menjelaskan bahawa jumlah kompaun RM 10,000 itu dibuat sebelum adanya garis panduan yang baru.


Untuk rekod, Kosmo! melaporkan bahawa pihak polis telah mengenakan kompaun kepada seorang individu didapati melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna apabila hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar kedai.

Comments


bottom of page