top of page
  • admin

KJ kurang ajar, gelar Najib banduan

16 Sept

PRESIDEN Parti Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran menyifatkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai “lupa daratan” dan :kurang Ajar"apabila menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai banduan yang hanya layak mendapat rawatan di hospital kerajaan dan pada masa yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Kesihatan memberi rawatan terbaik kepada Ahli Parlimen Pekan itu.


“Ingat beliau bukan sahaja mantan Perdana Menteri tetapi juga suatu masa dahulu merupakan Presiden Umno dan Pengerusi BN yang telah mengangkat tinggi seorang yang bernama Khairy semasa menjadi Ketua Pemuda Umno dan menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Sekarang hendak menyatakan bahawa ubat yang diberi sekarang adalah ubat generik menggantikan ubat khusus sebelum ini, dan ia tidak membawa sebarang kesan. Menjadi Menteri Kesihatan tidak bermakna bahawa Khairy adalah arif akan kesihatan kerana bukannya seorang doktor untuk mengandaikan seseorang itu sihat atau tidak.

“Sifat kurang ajar Khairy semakin terserlah dengan pernyataannya atas keengganan untuk memastikan Najib tidak dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Kajang dan seterusnya ke Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam ciapnya di Facebooknya.

Sebelum itu,menurut Khairy, setiap banduan perlu menjalani rawatan di hospital kerajaan berdasarkan prosedur ditetapkan.

“Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke HKL,” katanya.

Beliau mengulas laporan menyatakan bekas Perdana Menteri itu yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, akan dirujuk ke IJN selepas dimasukkan ke HKL.

Thanenthiran mengingatkan Khairy bahawa beliau pernah mengangungkan “banduan” itu suatu masa dulu ketika menjadi Perdana Menteri.

“Janganlah dilupakan bahawa mulut yang memanggil pemimpin rakyat ini sebagai banduan adalah mulut sama yang mengagungkan pemimpin ini sebagai Presiden, PM mentor, pemimpin rakyat bagi menjamin kerusi empuk mereka.

“Memang kurang ajar! Tidak pasti sama ada tidak mengenang budi atau pun bagaikan kacang lupakan kulit,” katanya.

bottom of page