top of page
  • Writer's pictureNihaba

Komited tolak industri maksiat, banteras ekonomi gelap

5 November

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak perlu tunduk kepada tuntutan tujuh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berhubung larangan penjualan arak. Ahli Dewan Negara, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin menggesa agar keputusan serta pelaksanaan dasar tersebut dapat ditegaskan tanpa mengikut desakan atau rayuan yang mahu supaya keputusan itu dibatalkan.


“Sebagai seorang rakyat Malaysia yang Muslim, saya sangat bergembira dengan tindakan Kerajaan melalui DBKL yang melarang penjualan arak atau liquor di kedai runcit dan serbaneka berkuatkuasa 1 November 2021.

“Keputusan kerajaan ini pada saya sangat bertepatan dengan nilai dan jati diri negara kita, Malaysia. Saya memahami serta menghormati hak kebebasan rakyat Malaysia yang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka.

“Namun kesan buruk industri maksiat ini mestilah diberi perhatian oleh kita semua yang mencintai negara ini,” ujarnya turut memberitahu bahawa beliau semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) turut mempertegaskan isu itu.


Nyata beliau, kerajaan mestilah menzahirkan komitmen di dalam RMK-12 untuk mengurangkan kebergantungan pendapatan kepada ‘industri maksiat’ yang terbukti membawa kepada masalah sosial lebih besar kepada negara ini.


Beliau juga mewakili majoriti umat Islam di negara ini ingin melihat kesungguhan kerajaan melalui RMK-12 agar dapat mengambil langkah membanteras ‘ekonomi gelap’ yang berleluasa secara bebas di dalam negara ini.

bottom of page