- newsatmy
Konsert Kris Dayanti di MIECC 29 Oktober ini
10 OKT

Bagi anda yang suka mendengar lagu ‘Menghitung Hari’ atau ‘Cerita Cinta’, kali ini ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) mempersembahkan konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live In Malaysia pada 29 Oktober ini.
Konsert yang menggabungkan bintang popular Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz itu akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).
Gabungan dua penyanyi yang memiliki vokal bertenaga itu atas satu pentas yang sama tentunya bakal membawa kejutan yang mendebarkan buat para peminat.
Malahan, wakil ACO MEDIA dan AMM, Belvas Lee turut meyakini bahawa kolaborasi antara dua duo itu merupakan satu ‘customize concert’.
“Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia.
“Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti.
Justeru, pada anda yang berminat untuk menyaksikan Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live In Malaysia, boleh membuat pembelian tiket.
Harga tiket bermula dari RM288 sehingga RM1,188 dan pembelian boleh dibuat secara talian di https://www.ticket2u.com.my/