• newsatmy

Kontroversi tukar penampilan, Nonny Nadirah padam semua gambar di Instagram

5 April 2021

SEBELUM ini pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menjadi bualan ‘hangat’ netizen selepas memuat naik beberapa foto seksi yang didakwa dirinya ke Instagram.


Perkongsian itu turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis, termasuk Mila Jirin dan Niezam Zaidi.


Terbaharu Nonny dipercayai telah memadam semua foto dirinya susulan kontroversi tersebut.


Bukan itu sahaja, dia turut memadam gambar profilnya, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan lebih 500,000 pengikutnya.


Media sebelum ini melaporkan Nonny didakwa telah mengubah penampilannya kepada tidak bertudung.


Ia selepas dia memuat naik video seorang wanita berseluar pendek, sebelum dipadam selepas menerima teguran beberapa pihak.


Tidak habis di situ, Nonny kemudian memuat naik sebuah video pendek sedang berendam dalam baldi menampakkan bahagian belakang, dengan kapsyen ‘soap’ (sabun) bersama emoji perkataan terbabit.


- Astro Awani