top of page
  • admin

KPDN sokong usaha MYCC hapuskan kartel dan salah guna kuasa monopoli


KUALA LUMPUR, 12 Jan-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus menyokong usaha Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) menghapus kartel dan penyalahgunaan kuasa monopoli. Jelas Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, usaha sedemikian akan menyumbang kepada pengurangan kos sara hidup seperti yang diharapkan kerajaan. Tambahnya, RM175 juta penalti telah dikenakan kepada sindiket berkenaan. Prestasi tersebut akan ditingkatkan bagi memastikan perbuatan mereka tidak mengganggu persaingan antara pasaran. Beliau merasmikan Siri Kuliah Kedua Profesor Richard Whish Tentang Penggabungan Dan Ekonomi Digital Dalam Undang-undang Persaingan di Kuala Lumpur. Program dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan, pengamal undang-undang, ahli ekonomi, ahli akademik dan para pelajar.


Comments


bottom of page