top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

KPT didesak beri perhatian isu kes pelajar keciciran sebab ‘tak cukup’ duit


JOHOR BAHRU, 25 Sept – Perikatan Nasional (PN) Johor mendesak Kementerian Pelajar Tinggi (KPT) memberi perhatian khusus isu menangani kes pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa meninggalkan kampus kerana kekangan kewangan.


Timbalan Pengerusi PN Johor, Mohd Solihan Badri berkata tindakan KPT dan universiti yang hanya setakat membuat kajian bagi mengenal pasti punca masalah itu ll tidak akan menyelesaikan masalah tersebut.


“Kecuali jika ada tindakan proaktif.PN Johor juga khuatir ramai pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal menyambung pengajian ke IPT kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran.


“Manakala biasiswa pula lewat diluluskan. Kita juga tidak dapat membayangkan bagaimana kecewanya ibu bapa serta nasib dan masa depan pelajar tercicir tersebut termasuk mereka yang berada pada tahun akhir pengajian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Solihan, PN bukan berniat mahu memanipulasi atau mengeksploitasi keadaan dalam isu pelajar IPT keciciran Dan terpaksa meninggalkan kampus.


Katanya, tetapai PN mahu isu ini diberi keutamaan untuk diselesaikan jika diberi mandat menerajui kerajaan sekali lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.


Selain itu, Solihan berkata KPT disaran berunding dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mencari kaedah pembiayaan segera atau mengambil tanggungjawab membantu kewangan pelajar terlibat memandangkan prestasi institusi itu mengutip bayaran balik kebelakangan ini adalah tinggi.


Katanya, ketika dipengerusikan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebelum ini, PTPTN merekodkan prestasi kutipan bayaran balik yang amat memberangsangkan dan sebahagian dana itu boleh disalurkan kepada pelajar yang memerlukan yang rata-rata adalah Melayu.


Tegasnya, kerajaan perlu serius mencari jalan segera menangani kes pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa meninggalkan kampus kerana kekangan kewangan sekali gus tidak mampu membiayai yuran pengajian serta perbelanjaan harian mereka.


Beliau berkata PN Johor menyifatkan bantuan kewangan mahupun material kepada pelajar terlibat dapat menyelamatkan masa depan dan potensi mereka daripada tercicir atau sia-sia.

“Bagi PN Johor, membiarkan isu ini berlarutan bakal merugikan negara dari aspek ketirisan bakat dan sumber manusia bahkan kepakaran sekiranya mereka gagal menamatkan pengajian seterusnya masuk ke alam pekerjaan.


“Kami yakin jumlah sebenar pelajar tercicir mungkin lebih ramai berbanding laporan 30,000 pelajar di universiti awam yang gagal menamatkan pengajian ketika pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021 seperti diumumkan KPT pada Julai lalu,” katanya


Katanya, secara amnya, pelajar yang terlibat bukan sahaja dari universiti awam bahkan universiti dan pelbagai IPT swasta termasuk kolej universiti, kolej, pusat kemahiran teknikal serta institut latihan vokasional.


“Mereka bukan sahaja gagal melunaskan yuran pengajian malah tidak mampu membayar deposit rumah sewa, tiada wang membeli makanan serta gagal membayar sewa bulanan dan kos pengangkutan.


“Pelajar tersebut dibebani pelbagai kos sara hidup yang tinggi khususnya bagi kampus di Lembah Klang,” katanya.

Comments


bottom of page