top of page
  • admin

Kurangkan duti eksais, turunkan harga kereta


KUALA LUMPUR 23 Feb Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) mencadangkan kerajaan menghapuskan duti eksais sebagai cara untuk mengurangkan harga kenderaan.


Menurutnya, kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan penurunan harga kenderaan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh rakyat.

“Setujukah pihak kerajaan untuk menghapuskan duti eksais yang mana daripada 60 peratus hingga 120 peratus dan mungkin boleh dilakukan secara berperingkat,” katanya ketika sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Menjawab soalan ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, yang disebut sebagai duti eksais itu kalau untuk harga mampu milik, terutama harga kereta yang kurang daripada RM50,000.


Dari segi jualan, katanya 50 peratus daripada jualan kereta di negara ini adalah kereta yang harganya kurang daripada RM50,000 dengan duti eksais sebenarnya hanya 2-5 peratus.


Katanya, duti eksais tinggi iaitu melebihi 70 peratus adalah kereta mewah dan diharapkan dengan kemajuan teknologi, harga kereta akan turun.


Mengikut soalan asal, Kapten Azahari minta Tengku Zafrul menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengurangkan harga kenderaan

bottom of page