Arissa Azman
Lancar Jentera PRN Melaka: UMNO langgar SOP, serang Khairy Jamaluddin
28 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan Kompaun kepada parti Barisan Nasional (BN) kerana melanggar SOP ketika Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pada majlis itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan jentera PRN Melaka dan turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Yang turut hadir, Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Namun, mengapa hanya bendera BN sahaja yang bertebaran sana sini?
Ketika dalam majlis pula jelas penceramah-penceramah BN, khususnya Ketua UMNO Melaka secara terang-terangan menyerang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Ab Rauf secara bersahaja menyatakan "Menteri Covid (Khairy Jamaluddin) tapi macam kena Covid,"
Walaupun Khairy sendiri pemimpin UMNO, namun dia diserang secara terbuka hanya kerana dia mengumumkan SOP kempen Norma Baru PRN Melaka demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Malah ketika Najib Razak turun ke Melaka pun, kita dapat lihat bahawa mereka tidak ada penjarakan fizikal, duduk rapat di dalam dewan tertutup dan membuka pelitup muka.
Mungkin bagi sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO tersebut yang penting hanya undi tanpa peduli nyawa rakyat.
UMNO BN lancar Jentera, dewan besar, kumpul ramai-ramai, gagal social distancing, malam ke pagi.
Umum maklum bahawa sesetengah daripada mereka terpalit dengan isu korupsi, rasuah dan sebagainya dan kini masih lagi di dalam perbicaraan di mahkamah.
Tetapi, pelbagai alasan diberikan ketika mereka diarahkan untuk ke mahkamah seperti mahu ke Germany untuk mendapatkan rawatan, mahu pergi ke Singapura untuk lawat anak sedang melahirkan.
Bila tiba masa hari pelancaran Jentera, semua sihat belaka sehingga melanggar SOP yang dah ditetapkan oleh Kerajaan.
Comments