• newsatmy

Laporan LAKSANA ke-54 : Fokus mengawal ekonomi di samping usaha kekang wabak


27 Mei 2021 Melalui video ringkas yang dimuat naik di laman web FB beliau, YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, telah memberi ulasan terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan (e.g. PRIHATIN, PENJANA & KITA PRIHATIN) dalam memastikan ekonomi tidak lumpuh tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berlangsung.


Menurut beliau, meskipun masih dibelenggu perang menangani wabak COVID-19, inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kewangan dalam memastikan ekonomi kekal lancar membuahkan hasil. Untuk dijadikan contoh, Index Pelopor negara melihat peningkatan sebanyak 9% dari 8.3% pada bulan Januari 2021 kepada 17.3% pada bulan Mac 2021. Kerajaan seterusnya meramalkan bahawa Index Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka akan bertumbuh dari 6.0% kepada 7.5% pada tahun ini.


Maklumat-maklumat ini boleh diakses secara umum melalui laman web Malaysia Business Cycle Clock (MBCC) di www.dosm.gov.my.


Kerajaan kekal peka terhadap isu pengangguran yang agak kritikal pada waktu ini. Oleh itu, Majlis Pekerjaan Negara akan melancarkan pelbagai program seperti PENJANAKERJAYA 2.0, MySTEP dan Skim Perantisan Nasional dengan menyasarkan 500, 000 peluang pekerjaan menjelang akhir tahun 2021. Selain itu, melalui kerjasama Kerajaan bersama Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC), kerajaan telah memperkenalkan program MyDigitalWorkforce. MyDigitalWorkforce bertujuan menambahbaik kemahiran pekerja Malaysia dengan menggalakkan syarikat mengambil pekerja melalui insentif gaji dan latihan. Melalui Program Perkhidmatan Digital Perniagaan (https://mdec.my/work-learn), kerajaan sudi menghulurkan subsidi gaji sebanyak 40% untuk 6 bulan dengan had gaji minima sebanyak RM2000 serta subsidi latihan sehingga RM5000. Melalui Program Perantis Teknologi Digital (https://mdec.my/career-upgrade) pula, peluang peningkatan kemahiran disediakan bagi individu menganggur akibat COVID-19.


Memetik kiriman seorang pengguna di laman Facebook, beliau bersetuju bahawa PKP 1.0 mungkin tampak seperti solusi terbaik dalam melandaikan lengkungan jangkitan COVID-19. Walau bagaimanapun, rakyat masih perlu mencari punca rezeki bagi meneruskan kehidupan. Maka, cara yang terbaik adalah untuk semua mengamalkan kawalan kendiri dan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Ini termasuklah untuk tidak berziarah serta sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dalam menjalani aktiviti harian. Beliau menegaskan bahawa kerajaan kekal komited dalam memastikan ekonomi pulih dan terus berkembang di samping menangani wabak COVID-19. -PN Online


Video penuh boleh diakses melalui pautan ini : https://www.facebook.com/102339531415802/videos/753053788706271