top of page
  • newsatmy

Laporan SPRM ke atas Ahli Parlimen PKR Batu

31 Mei 2021

Satu laporan telah dibuat SPRM telah dibuat oleh Abdul Ghani bin Abdullah berkenaan salahlaku terhadap YB Prabakaran A/L M Parameswasran, Ahli Parlimen Batu.


Abdul Ghani berkata beliau mendapat bukti-bukti kukuh beliau telah melantik atau menyokong adik beliau sendiri iaitu Vasanthan A/L Parameswaran sebagai Calon Ahli Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada atau sebelum 1/09/2019 hingga kini.



"Perkara ini saya lihat sebagai perkara yang tidak wajar dan bakal mengundang pandangan negatif terhadap negara ini,"


"Selain itu ini adalah satu bentuk kronism dan salah gunakuasa dalam satu badan kerajaan dan melibatkan kepentingan rakyat Malaysia," katanya.


Beliau berharap pihak SPRM menyiasat perkara ini agar dapat mengelakkan amalan rasuah di kalangan Ahli-ahli Parlimen di negara ini.


--PN Online

bottom of page