• newsatmy

Latihan Asas Bencana Bersama APM dan Prihatin Johor

11 April 2021

KLUANG: Seramai 50 belia dan beliawanis berdaftar di bawah Prihatin Johor mengikuti Latihan Asas Bencana Bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), semalam.


Latihan tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang.


Kesemua pelatih yang hadir didedahkan dengan kursus kecergasan asas serta ilmu asas pertahanan awam agar mahir dalam tindakan menyelamat dan peka terhadap bencana di sekeliling.


Selain itu, pihak APM turut memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih antaranya ilmu bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.


- PN Online