• newsatmy

Lawatan Pak Wan ke perkampungan orang asli

15 Februari 2021

Aneita Abdullah Pandian

ALOR GAJAH – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof hari ini membuat lawatan ke perkampungan orang asli di Kampung Hutan Percha untuk menyampaikan sumbangan serta menyantuni masyarakat orang asli.


Beliau menyampaikan kit makanan kepada 14 buah keluaga di kawasan perkampungan ini serta barangan keperluan seperti pelitup muka dan pembasmi kuman. Di perkampungan ini terdapat 4 buah keluarga yang beragama Islam dan selebihnya menganut agama lain.


Datuk Seri Mohd Redzuan yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah turut menyantuni penduduk setempat serta mengambil maklum terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka seperti bantuan kecemasan dan keperluan ubat-ubatan.


Sebelum beliau meninggalkan kawasan perkampungan, Datuk Seri Mohd Redzuan atau turut dikenali sebagai Pak Wan sempat memberikan pesanan kepada penduduk setempat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta memakai pelitup muka dan mencuci tangan secara kerap. - PN Online