top of page
  • cik skod

Masih ada syarikat gagal laksanakan gaji minima RM1,500


KUALA LUMPUR,17 Ogos:Dianggarkan lebih 120 syarikat dan agensi pekerjaan didapati melanggar perintah bayaran gaji minimum RM1,500.Gaji minimum mula dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama Parti Sosialis (PSM), didapati syarikat kawalan keselamatan menjadi syarikat paling banyak gagal membayar gaji minimum.


Dari 127 syarikat yang disenaraikan termasuk poliklinik dan syarikat pembersihan.

"Itu semua syarikat kawalan keselamatan yang diberikan tender oleh pihak kementerian," kata seorang jurucakap PSM kepada MalaysiaNow selepas sidang media di Putrajaya.


Katanya, ramai pengusaha syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakan gaji minimum dengan alasan harga kontrak yang ditawarkan sebelum gaji minimum Rm1,500 diperkenalkan.


Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sudah diwartakan pada 27 April lalu dan disiarkan di laman sesawang rasmi Pejabat Peguam Negara.


Mengikut dokumen berkenaan, kadar gaji minimum yang perlu dibayar kepada pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.


Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.


Manakala, bagi seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok, tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.


Bagaimanapun, kadar gaji minimum RM1,500 bagi majikan yang mengambil kurang daripada lima pekerja hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.



bottom of page