top of page
  • newsatmy

Lebih 6,000 pemilik skuter sertai Scooterian Mega Gathering


KUALA NERUS 26 Feb: Lebih 6,000 pemilik dan peminat skuter dari seluruh negara memeriahkan program Scooterian Mega Gathering Vol 1.0 yang berlangsung di Taman Tasik, Kuala Nerus selama dua hari berakhir semalam.


Pengarah Program, Wan Mohd Zulhafeeza Wan Mohd Yusof berkata, perhimpunan julung kali diadakan itu terbuka kepada pelbagai jenis jenama dan model skuter.


Katanya, untuk acara autoshow sebanyak 11 kategori dipertandingan dimana tiga kategori bagi skuter moden dan selebihnya vespa.

“Sambutan diterima adalah di luar jangkaan, kita hanya letak sasaran 3,000 penyertaan tetapi yang hadir lebih 6,000.

“Matlamat kita adalah untuk mengumpul anak-anak muda seluruh Malaysia datang bersilaturahim, dan dalam masa yang sama (kami) pihak penganjur menerapkan lebih kepada keselamatan semasa berkonvoi.

“Selain berkumpul dan menggayakan skuter masing-masing, turut diadakan gerai jualan, cabutan bertuah, tidak lupa kita turut selitkan tazkirah di samping hiburan di mana kita mengharapkan event ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada rider yang datang ke Terengganu,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Scooterian Mega Gathering 2023 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di Taman Tasik, Kuala Nerus, semalam.


Katanya, penganjuran program tersebut mendapat kerjasama baik daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri dan penaja.

“Insya-Allah, dengan sokongan kerajaan negeri dan semua pihak, kami turut bercadang untuk mengadakan Scooterian Mega Gathering Vol 2.0 juga di Terengganu pada tahun hadapan,” ujarnya.


Sementara itu, Wan Sukairi berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan dan akan memberikan kerjasama terbaik terhadap penganjuran program yang boleh memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat.

“Terengganu sentiasa mengalu-alukan kedatangan para rider yang bertujuan mengadakan program gathering seperti ini.

“Selain menguatkan hubungan silaturahim dan juga membina rangkaian pelbagai manfaat dan tujuan, ianya secara tidak langsung memberikan impak ekonomi kepada rakyat Terengganu khususnya di kawasan sekitar tempat penganjuran sesuatu program itu,” ujarnya.

Opmerkingen


bottom of page