• newsatmy

Lebih 70 Orang Asnaf DUN Pulai Sebatang Menerima Sumbangan

21 April 2021

PONTIAN: Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Pulai Sebatang dengan Kerjasama YADIM Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Sumbangan dan Iftar Ramadan bersama Pegawai Khas kepada YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Nushi Bin Dato, Mahfodz di Dewan Orang Ramai Ayet Baloi, Pontian, semalam. Majlis ini dianjurkan bagi tujuan menyampaikan sumbangan kepada para asnaf serta menyampaikan maklumat semasa di samping menjalinkan perhubungan dengan ketua ketua-ketua jabatan kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan badan badan NGO di DUN Pulai Sebatang.


Sumbangan-sumbangan tersebut adalah kepada golongan asnaf mangsa banjir dan penduduk orang asli dan asnaf yang bertujuan meringankan beban mereka kerana kurang berkemampuan.


Sumbangan yang diberikan kepada para asnaf adalah berupa wang tunai serta beg makanan dan juga beras yang telah disampaikan oleh Ustaz Nushi Bin Dato' Mahfodz.


Sumbangan berbentuk cek juga telah diberikan kepada Mangsa Banjir Negeri Johor berjumlah RM20,000.


Turut hadir dan menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengarah YADIM Negeri Johor, Ustaz Muhammad Ammar bin Abdullah, Pengarah YaPEIM Negeri Johor, Dato' Jahis Bin Othman, PESURUHJAYA Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin dan Ketua Bersatu Bahagian Pontian, YB Senator Dato' Isa bin Ab Hamid.


Majlis Sumbangan ini telahpun bermula di Masjid Parit Ibrahim, Pontian dan kemudiannya di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi.