top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Bakal Dijana

11 Jun 2021

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan melibatkan pelaburan asing meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.


Peningkatan ini membabitkan 993 projek pelaburan diluluskan justeru dijangka menjana 32,557 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


Peluang ini dapat dijana apabila prestasi pelaburan Malaysia melonjak 95.6% pada suku pertama tahun ini sebanyak RM80.6 bilion, lebih tinggi daripada suku pertama tahun lepas iaitu RM 41.2 bilion.


"Dengan kejayaan ini, saya yakin Malaysia akan terus kekal sebagai destinasi pelaburan utama dan menjadi pintu masuk strategik bagi pelabur," kata beliau menerusi posting di laman Facebook nya.


Kerajaan akan memastikan ekosistem pelaburan negara kekal kondusif dan mampan bersama-sama MITI dan agensi-agensi dibawahnya bagi mengekalkan daya saing negara sehingga mencapai status negara berpendapatan tinggi.



--PN Online

bottom of page