top of page
  • newsatmy

Lee Tuck enggan campur tangan urusan 'rehatkan' jurulatih Sri Pahang

16 Mac 2021

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Lee Tuck enggan campur tangan keputusan pihak pengurusan 'merehatkan' jurulatih Thomas Dooleydari membimbing pasukan itu.


Sebaliknya, Lee Tuck hanya mahu memberi perhatian kepada tugasnya sebagai pemain untuk memastikan skuad Tok Gajah kembali bangkit di bawah bimbingan Dollah Salleh.


Pengurusan Sri Pahang FC membuat keputusan mengejut apabila merehatkan Dooley bersama penolong jurulatih Christopher Gamel yang baru mengharungi dua perlawanan Liga Super musim ini.


Ia gara-gara pasukan itu mengalami dua kekalahan berturut-turut dan kelibat bekas jurulatih Filipina itu tidak kelihatan ketika aksi Liga Super menentang Melaka di Stadium Hang Jebat Sabtu lalu.


Lee Tuck berdepan situasi berbeza berbanding sebelum ini apabila mengharungi musim cemerlang bersama Terengganu FC hingga penampilannya sentiasa digeruni lawan.


Sementara itu, pemangku tugas jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh mahu pasukan itu tampil lebih agresif apabila melayan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.


Beliau yang juga pengurus pasukan berkata, keputusan 0-0 ketika berdepan Melaka United FC (MUFC) di Sabtu lalu, diharap menjadi suntikan semangat untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.


"Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dan seri pada perlawanan ketiga, ia diharap membantu meningkatkan motivasi kepada semua pemain. Bagi saya, pemain sudah mula menunjukkan sedikit peningkatan tetapi perlu bekerja keras terutama menajamkan serangan.


"Berdepan Sabah esok, saya mahu pemain dapat memberikan yang terbaik dan mengutip tiga mata," katanya yang juga bekas pemain kebangsaan. - AA

bottom of page