top of page
  • cik skod

Lelaki Singapura Rugi RM45k Selepas Isterinya Buang Baju

10 OKT

Tidak dinafikan ada dalam kalangan kita yang ada perangai suka simpan duit dalam baju. Kadang-kadang tu selalu sangat simpan sampai terlupa ada duit.


Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Singapura yang telah kerugian kira-kura SGD 14,000 (bersamaan kira-kira RM45,310) selepas isterinya membuang pakaian lamanya tanpa memeriksa dengannya terlebih dahulu.


Salah satu baju lengan panjang milik lelaki itu dibuang oleh isterinnya ketika mengemas rumah mempunyai beberapa keping wang kertas SGD1,000 di dalam poket.


Menurut sumber dari Zaobao.sg, lelaki yang mengalami kerugian besar itu dikenali sebagai Zhuo mengakui yang dia memang mempunyai perangai mengumpul wang kertas SGD1,000. Dia sempat mengumpul beberapa wang kertas dengan nilai tersebut beberapa keping sebelum kerajaan Singapura mewartakan pemberhentian wang kertas itu pada tahun lalu.


Zhou yang bekerja sebagai pemandu persendirian itu mula mengumpul wang kertas dengan nilai SGD1,000 selepas sering menerima tips dari penumpangnya. Dia yang kecewa dengan kerugian yang dialaminya telah membuat laporan polis mengenai kesnya itu tetapi tetap sedar bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah sangat tipis.

bottom of page