top of page
  • cik skod

Lepak santai di People & Places Cafe

4 OKT

Kafe ialah tempat yang boleh anda kunjungi bersama orang tersayang ataupun untuk menikmati waktu bersendirian “me time”. Sesebuah kafe menyajikan pelbagai pilihan kopi beserta hidangan ringan seperti pastri dan kek. Selain itu, kafe memiliki persekitaran yang lebih selesa dan nyaman berbanding restoran menjadikannya tempat yang sesuai untuk aktiviti “study group” ataupun bekerja.


People & Places Cafe merupakan kafe yang terkenal dengan hidangan “brunch” seperti “Quesadilla Brekkie, Scrambled Kampong Eggs, Buttermilk Hotcake” dan banyak lagi yang boleh dipilih dari menu. Sekiranya anda ingin menikmati juadah dengan selesa dan nyaman, anda disarankan untuk mengunjungi kafe ini di waktu pagi kerana kafe ini agak sesak selepas waktu “lunch”. Selain itu, anda tidak perlu risau akan status halal kafe ini kerana kafe ini diperakui halal dan memiliki kakitangan muslim.




Alamat: 45, Jln Tiong Emas, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor


Waktu Operasi: 9:00 pagi – 8:00 malam (Setiap Hari)


Google Map: Ikuti sekarang


Google Review: Di sini

bottom of page