top of page
  • newsatmy

Lewis Hamilton terima anugerah Kesatria

16 Disember 2021

JUARA Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton menerima gelaran Kesatria untuk sumbangannya dalam sukan permotoran pada Rabu.


Memetik laporan Reuters, Hamilton memegang rekod kemenangan terbanyak iaitu 103, terikat sama dengan pelumba legenda Jerman, Michael Schumacher dalam tujuh kejuaraan pemandu.


Pelumba berusia 36 tahun itu telah dinobatkan sebagai Kesatria yang membawa gelaran 'Sir' oleh Putera Charles dalam satu majlis di Istana Windsor, di luar London.

Hamilton ialah pemandu Formula Satu keempat yang menerima gelaran kehormat itu di Britain selepas pelumba Australia Jack Brabham, Stirling Moss dan Jackie Stewart, dan satu-satunya yang menerima anugerah itu ketika masih aktif berlumba.

Comments


bottom of page