• newsatmy

Liek Hou juarai kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol

17 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Pemain badminton para Malaysia, Cheah Liek Hou mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara di Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol dan mengesahkan tempatnya ke Sukan Paralimpik Tokyo.


Pemain nombor dua dunia Liek Ho memenangi juara perseorangan dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahkan wakil Jepun Taiyo Imai dalam final yang berlangsung di Cartagena, Sepanyol yang berkesudahan 21-13, 21-11 menurut lawan sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), https://bwfpara.tournamentsoftware.com.


Jurulatih Cheah, Datuk Rashid Sidek berkata kemenangan bekas juara dunia enam kali itu telah mengesahkan tempatnya ke Sukan Paralimpik Tokyo yang bakal berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept.


"Saya berpuas hati dengan prestasi Liek Hou dan gembira melihat dia memenuhi sasaran menjuarai kejohanan ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Pada bulan lepas, Liek Hou menjuarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Fazza-Dubai di Emiriah Arab Bersatu buat kali ketiga selepas mengecewakan pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 21-18 di perlawanan akhir.


Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia Muhammad Ikhwan Ramli gagal mengikut jejak langkah Cheah apabila tewas kepada pemain Korea Selatan Lee Dongseop dalam final kategori WH1 (kerusi roda), 13-21 dan 16-21, hari ini.


-- BERNAMA