top of page
  • Farah

Liga Super: NSFC, Sabah kongsi mata


PAROI, 11 April-Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi mencari kemenangan tidak kesampaian setelah hanya mampu seri dengan Sabah FC, 1-1 di Stadium Tuanku abdul Rahman. Paroi malam tadi.


Pasukan Sabah yang dibimbing bekas pengendali skuad negara, Datuk Ong kim Swee dilihat lebih banyak medominasi perlawanan apabila memiliki deretan peluang bagi mendahului permainan.


Namun skuad Rusa, K Devan yang tewas 1-2 kepada Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 4 April lalu, berjaya menyaingi asakan pasukan pelawat.


Kegigihan pasukan tuan rumah, NSFC bagi mencari jaringan awal berjaya dijelmakan menerusi jaringan oleh Tommy Mawat Bada pada minit ke-21 hasil sepakan percuma bagi mendahului separuh masa pertama.


Bersambung separuh masa kedua, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee yang tampil dengan misi menamatkan rentetan kekalahan dalam dua perlawanan terakhir, kembali agresif.


Serangan bertali-arus Sabah membawa hasil apabila kapten The Rhinos, Park Tae-Su menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan pada minit ke-76.


Keputusan seri itu menyaksikan Negeri Sembilan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi tujuh perlawanan untuk berada di kedudukan kesembilan liga.


Sementara itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Devan,berpuas hati dengan keputusan permainan dan komitmen yang ditonjolkan para pemainnya.


"Kita memberi banyak ruang untuk Sabah. Daripada situ, dengan saya nampak juga apabila kita bertahan dengan baik. Tapi, apabila kita buat serangan mungkin serangan kita tidak begitu sempurna. Mungkin kekurangan pemain di bahagian serangan. Secara keseluruhannya, saya rasa komitmen pemain, kesungguhan pemain, dan mentaliti pemain untuk bertahan begitu baik dan kita dapat satu mata", katanya etika ditemui selepas tamat perlawanan.


Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee menganggap satu mata di Paroi sudah memadai buat Sabah.


"Saya percaya satu mata amat penting. Walaupun kita inginkan tiga mata. Hari ini. Tetapi, pasukan Negeri Sembilan menyukarkan dengan corak permainan yang banyak bertahan dan hantaran-hantaran yang jauh pada penyerang mereka. Namun, kita dapat atasi walaupun ketinggalan",katanya.

bottom of page