top of page
  • Writer's pictureNihaba

Liputan 5G kini di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur-DNB

15 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Rangkaian teknologi generasi kelima (5G) kini boleh dinikmati di kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, kata Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), Ralph Marshall.


Menurut beliau, rangkaian 5G itu boleh diakses secara terbuka sebagai program perintis menerusi operator rangkaian mudah alih YES dari YTL Communication Sdn Bhd dan Unifi Mobile dari Telekom Malaysia Berhad (TM).


DNB, katanya, akan menyediakan perkhidmatan 5G secara borong kepada operator rangkaian mudah alih dengan kos jauh lebih rendah daripada menghasilkan rangkaian 4G.

Perkhidmatan itu sekali gus memberi rguang kepada operator menawarkan harga lebih rendah kepada pelanggan-pelanggan mereka dalam perkhidmatan rangkaian 5G.



Mengulas lanjut, beliau berkata, DNB menjangkakan sekitar 80 peratus rakyat di negara ini bakal menikmati rangkaian 5G menjelang tahun 2024.


Sebelum ini,Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan bahawa syarikat telekomunikasi itu akan menjalankan ujian 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk mengoptimumkan perkhidmatan berkenaan.


"Kami akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk menyediakan 5G bagi negara dan mempercepat lonjakan masyarakat, perniagaan dan industri ke arah Digital Malaysia," kata TM.

תגובות


bottom of page