Arissa Azman
'Long Tiger' tumpas di Kedah
29 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Rohingya, digelar "Long Tiger" yang melarikan diri dari mahkamah majistret Tangkak di Johor awal bulan ini telah ditahan polis pagi ini.
Abd Hamim Ab Hamid, 33, ditahan di Sungai Petani, Kedah oleh polis Bukit Aman dan Johor.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan itu.
"Ya dia ditahan di Kedah dan butiran lanjut akan didedahkan tidak lama lagi oleh ketua polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay," katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis juga sedang mengenal pasti individu yang membantunya dan memberi perlindungan sejak dia melarikan diri.
Polis dijangka melakukan lebih banyak tangkapan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, jurucakap ibu pejabat polis Johor berkata Ayob Khan akan mengadakan sidang media mengenai penahanan itu pada tengah hari esok.
Warga Myanmar itu melarikan diri dari lokap mahkamah majistret Tangkak pada 15 Dis.
Dia kali terakhir dilihat memakai kemeja-T cerah, seluar coklat dan selipar.
Dua anggota polis turut digantung tugas berikutan insiden tahanan melarikan diri.
Peguam Datuk Shaharudin Ali turut menarik diri daripada mewakili lelaki itu dalam beberapa kes sivil dan jenayah sejak melarikan diri pada 15 Dis.