top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Luqman Adam 'back-up' Pelajar UM Tidak Mahu Ambil Vaksin

15 Jun 2021

Sedang hangat diperkatakan di media sosial apabila seorang penuntut Universiti Malaya (UM) yang mengambil bidang kedoktoran, Nik Farah Ellisha, 22, telah dilarang mengambil final exam kerana tidak mahu mengambil vaksin.


Farah mengatakan bahawa dia telah memberitahu universiti sebelumnya bahawa dia tidak mahu mendapat vaksin.


Namun, pelajar itu mengatakan bahawa universiti itu menegaskan bahawa dia akan mendapat vaksinnya.


Luqman Adam menerusi live di facebooknya tampil mempertahankan pelajar tersebut dan telah membuat laporan polis tentang hal tersebut.



Dalam video tersebut, beliau sekeras-kerasnya menyalahkan kerajaan persekutuan kerana membuat undang-undang yang tidak munasabah itu.


Beliau berkata tidak patut bagi sesebuah Universiti memaksa pelajarnya utnuk mengambil vaksin hanya kerana untuk menduduki peperiksaan.


"Ibu bapanya bersusah payah membesarkan pelajar ini agar beliau dapat memasuki Universiti dengan bidang pilihannya, tetapi kenapa pihak Universiti nak menarik hak pelajar tersebut dengan melarang beliau menduduki final exam hanya kerana tak mahu divaksin. Munasabah ke?"


Beliau turut mempersoalkan kerajaan persekutuan di mana kerajaan persekutuan menyatakan bahawa tiada paksaan untuk individu mengambil vaksin, tetapi mengapa Farah dipaksa untuk mengambil vaksin.


Namun, hal ini tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan.


Memang betul, kerajaan tidak pernah memaksa individu untuk mendapatkan vaksin, tetapi, undang-undang Pihak Universiti tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan.


Jadi, mengapa Luqman Adam ingin terus menuding jari menyalahkan kerajaan?


Dan, mengapa Nik Farah Ellisha, selaku seorang pelajar perubatan, memberikan teladan yang buruk dengan tidak mahu mengambil vaksin sedangkan beliau merupakan bakal frontliner pada masa akan datang?


Beliau sendiri tahu bagaimana situasi para frontliners yang berusaha gigih melawan Covid-19 ini.


Kalau nak kata beliau takut akan kesan sampingan vaksin, golongan umur seperti beliau kurang risikonya.


Mengikut soalan lazim dan jawapan yang telah Kementerian Kesihatan Malaysia sediakan, vaksin dihasilkan dari keseluruhan atau sebahagian virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.


Virus / bakteria tersebut tidak berupaya untuk menyebabkan penyakit kepada kanak-kanak yang sihat.


Ya, Vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan atau demam.


Namun kebanyakan kesan sampingan ini adalah ringan dan sembuh dengan segera.


Lazimnya kesan sampingan serius amat jarang berlaku.


Kementerian Kesihatan Malaysia memantau keselamatan penggunaan vaksin secara berterusan.


Dan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, anda dinasihati mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.


Jika ada yang tidak mahu mengambil vaksin, ini akan merencatkan usaha kerajaan dalam membendung penularan Covid-19 yang semakin berleluasa.


Kalau kita lihat, pengambilan vaksin di negara luar sekarang semakin rancak dijalankan dan sebab itu mereka bebas melancong, makan di restoran dan berjalan-jalan tanpa memakai mask kerana mereka telah divaksin.


Tidakkan kita mahu situasi seperti itu berlaku di negara kita?



--PN Online

bottom of page