top of page
  • newsatmy

Mah Sing optimis capai sasaran jualan RM1.6 bilion

1 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd yakin dapat memenuhi sasaran jualan hartanah sebanyak RM1.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember (TK21), setelah mencapai 80% daripada sasarannya pada RM1.28 bilion dalam sembilan bulan pertama tahun ini.


Syarikat pemaju hartanah itu berkata, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (9BTK21) pendapatannya meningkat 15% kepada RM1.22 bilion daripada RM1.06 bilion berikutan sumbangan hartanah yang bertambah baik manakala sumbangan hotel susut.


Keuntungan bersih dalam 9BTK21 meningkat 79% kepada RM120.85 juta daripada RM67.49 juta, berikutan bahagian hartanah yang bertambah baik.


"Segmen sarung tangan menempah perbelanjaan pra-operasi dan penyerapan kos overhed yang lebih rendah akibat jumlah pengeluaran yang rendah dalam dua suku pertama disebabkan sekatan operasi COVID-19.


“Termasuk kesemua tiga tanah baharu yang diperoleh setakat ini iaitu M Senyum di Sepang, M Astra di Setapak dan M Nova di Kepong, kumpulan imempunyai baki tanah seluas 2,051 ekar dengan baki nilai pembangunan kasar (gdv) dan jualan belum dibil kira-kira RM24.98 bilion,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini pada Selasa.


Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 (S3TK21), keuntungan bersih Mah Sing meningkat 54.72% kepada RM40.17 juta daripada RM25.96 juta setahun lalu, walaupun hasil menyusut 6.09% kepada RM364.57 juta, daripada RM388.22 juta .


Dalam perkembangan lain, Mah Sing berkata, unit Mah Sing Myvilla Development Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh petak seluas 8.09 ekar berhampiran Kepong dengan harga RM95 juta daripada Nation Holdings Sdn Bhd.


Katanya, petak tanah itu akan digunakan untuk pembangunan kediaman perkhidmatan dengan nilai pembangunan kasar sekitar RM790 juta.



*Berita asal di DagangNews.com

bottom of page