Nihaba
Mahkamah arah luluskan pendaftaran Muda
14 Disember 2021

KUALA LUMPUR-Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari.
Keputusan mahkamah tersebut dimaklumkan oleh Muda dalam satu ciapan Twitter rasminya yang turut mengatakan KDN perlu membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Pada 17 September tahun lalu Muda memohon RoS mendaftarkannya sebagai parti politik, namun RoS menolak permohonan tersebut pada 6 Januari 2021.
Muda sebelum ini mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menolak rayuan kumpulan itu untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.
Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu bukan semata berpihak kepada Muda semata-semata, tetapi kepada sistem demokrasi negara,ini kerana Muda kini mempunyai tempat untuk menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan untuk membangunkan negara tercinta.