top of page
  • newsatmy

Mahkamah 'bebaskan' Maradona.

18 Mac 2021

LONDON: Diego Maradona dibebaskan daripada dakwaan mengelak cukai berjumlah £34 juta (RM167.22 juta) — empat bulan selepas meninggal dunia.


Kes berlanjutan selama 30 tahun itu ditamatkan oleh mahkamah di Itali.


Maradona dikenakan cukai sebanyak £2.5 juta (RM12.30 juta) pada 1991 ketika bermain bersama Napoli.


Jumlah berkenaan meningkat kepada £34 juta (RM167.22 juta) bersama faedah.


Pada 2006, polis merampas subang dan jam tangan Rolex pemenang Piala Dunia itu ketika dia berkunjung ke Naples.


Mahkamah Tinggi Itali semalam menyatakan Maradona layak untuk diberikan pengampunan cukai 2013.


Peguam Angelo Pisani berkata: "Ini akhirnya mengembalikan penghormatan dan maruah kepada seorang juara. Dia sentiasa sedar dia tidak bersalah."


Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun di Argentina tahun lalu.


Doktornya dan beberapa lagi yang lain disiasat kerana kemungkinan membunuh.


-Berita Harian

bottom of page