• newsatmy

Majlis Berbuka Bersama Pakwan

26 April 2021

JOHOR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Pakwan di TROVE Hotel Johor Bahru, Johor, kelmarin.


Dalam majlis tersebut beliau berkata bahawa kerajaan akan menambahbaik institusi perlembagaan dan ekonomi.


"Kita sasarkan peluang ataupun sumbangan daripada Bumiputera sebanyak 20-80 peratus daripada Bumiputera. Kalau lihat angka 2019, hanya 10 peratus yang menyumbang. Kita sasarkan 600 billion pada tahun 2030 akan datang. Boleh ke kita dapatkan?


Tambah beliau juga, hari ini kerajaan berfokus hendak memperkasakan T20, iaitu orang yang berpendapatan tinggi untuk membantu B40, orang yang berpendapatan rendah agar ekonomi Malaysia semakin bertambah.


"Ini contoh bagaimana kita tak bersepakatan bukan sahaja Melayu, tapi dari sudut Parti, saya usulkan kepada Kabinet bahawa buat satu projek yang berimpak tinggi untuk rakyat Bumiputera, tapi dibantah dan dibangkang oleh pemimpin kita sendiri.


"Di negeri Johor, saya nak menggerakkan kerja-kerja untuk membantu golongan B40 untuk menaikkan kredibiliti mereka untuk mereka terima institusi perlembagaan.


Beliau turut menyatakan hasrat agar Parti UMNO dan PAS bersatu.


"Saya masih lagi mempunyai cita-cita dan harapan supaya UMNO dan PAS bersatu bersama-sama kita".


"Kita tak perlu lagi nak attack (serang) sana sini. Ianya akan memburukkan lagi keadaan"


Beliau berharap agar perjuangan kerajaan dalam menambahbaik institusi perlembagaan serta membantu B40 dapat diselesaikan dengan jayanya, walaupun banyak halangan yang mendatang dengan situasi Covid-19 sekarang.


Hadir bersama Ketua Timbalan Badan Kepimpinan Bersatu Negeri Johor, YB Senator Hj. I.R Nasir Hashim, Naib Ketua Armada, Saudara Iqbal, dan jugaa Ketua Srikandi Muda, Najihah Halim.


-PN Online